Friday, 1 February 2013

HILANGKAN MASALAH RABUN ANDA TANPA LASIK


Sebagai perkongsian bersama....baru-baru ini aku tertarik dengan pembedahan lasik yang dilakukan oleh Prof Muhaya ke atas Hafiz Hamidun. Lalu aku mula meneroka mencari info lebih berkenaan lasik sebagai pengetahuan kita bersama. Maklumat ini aku perolehi dari sumber ini.

Menurut Pengarah Pusat Perubatan Mata Lee (LEC), Dr. Lee Mun Wai, rawatan Lasik adalah pembedahan untuk membetulkan masalah penglihatan yang membabitkan kornea seperti rabun dekat (myopia), rabun jauh (hiperopia) dan astigmastisma (lengkungan kornea tidak sekata yang menjejaskan penglihatan dekat dan jauh).

Tambah beliau lagi, teknologi moden dari Jerman itu berkesan dan pilihan mudah kepada mereka yang mahu bebas daripada memakai cermin mata dan kanta mata lekap.

Katanya lagi, prosedur rawatan adalah cukup pantas dan diyakini selamat.
Malah ia tidak sakit dan hanya menggunakan ubat titis mata sebagai anestetik.
"Ia dikategorikan sebagai prosedur pesakit luar kerana pembedahan ini mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit saja,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dengan gabungan dua jenis laser iaitu 200 kHz Wavelight FS200 femtosecond dan 500Hz Waveligh EX500 excimer, tekonolgi Wavelight Refractive Suite yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan Asia menjadi platform pembedahan baik pulih mata terpantas di dunia.
Dengan menggunakan kaedah ini bukan hanya mengurangkan komplikasi serius, tetapi juga mampu membantu menyelesaikan masalah mereka.

"Lasik adalah pembedahan yang selamat. Mata seseorang diperiksa terlebih dulu, terutama tekanan dalam mata, kelengkungan kornea dan ketebalan kornea bagi memastikan ia layak menjalani pembedahan ini,'' jelas Dr. Lee.

Bagaimanapun, sebelum melakukan rawatan itu, satu gelang khas dimasukkan supaya menstabilkan kornea dan menyediakan mata untuk pembedahan.

"Dalam rawatan ini bentuk kornea dibetulkan supaya penglihatan pesakit menjadi lebih jelas. Sebab itu, rawatan ini dilakukan dalam keadaan pesakit sedar,''ujarnya lagi.
Sehingga kini, orang ramai masih lagi takut untuk menjalani pembedahan Lasik berikutan stigma ke atas penggunaan pisau walaupun pada hakikatnya prosedur itu kini jauh lebih canggih tanpa perlu merasakan sakit dan pedih.

"Seseorang pesakit yang ingin mendapatkan rawatan selalunya bimbang tentang risiko yang perlu ditanggung tetapi melalui lasik Wavelight Reractive Suite bukan sahaja mengurangkan komplikasi serius tetapi juga mampu membantu menyelesaikan masalah,'' terang Dr. Lee.

Katanya lagi, rawatan itu juga dilengkapi dengan rangkaian komputer bersepadu yang dikenali sebagai WaveNet yang membolehkan pemindahan data pesakit dilakukan melalui peralatan diagnostik ke laser itu.

Ini membolehkan doktor yang merawat memberikan hasil pembetulan mata secara konsisten beserta hasil visual berkualiti tanpa kompromi dari segi tahap keselamatan ketika melakukan rawatan.

Katanya lagi, antara ciri menarik teknologi laser FS200 adalah kemampuannya merawat mengikut bentuk dan saiz kornea yang berbeza.

Selain itu, ia juga mampu meminimumkan insiden lapisan gelembung yang kabur, malah FS200 juga merupakan laser femtosecond yang terpantas dan mampu mengurangkan masa untuk membuat lapisan nipis (flap) pada mata kepada enam saat.

Dalam pada itu, EX500 ialah laser eksimer paling pantas dalam pasaran dan boleh merawat 1.0 diopter (100 darjah kuasa cermin mata) hanya dalam masa 1.4 saat.

"Menerusi teknologi terbaru dari Jerman ini, saya yakin bahwa hasil keputusan daripada prosedur pembedahan yang lebih efisien dan efektif ini, ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk memilih prosedur rawatan penglihatan melalui Wavelight," ujar Dr. Lee.


Supaya lebih faham mari kita tonton video ini:






Sangat mudah dan pantas!  Tetapi semua itu perlukan kemampuan dan keberanian anda kerana pembedahan ini akan dilakukan secara "live".  Pastinya sesuatu yang amat mendebarkan bukan?


===================================================================================

SEBAGAI ALTERNATIF LAIN JIKA ANDA MEMPUNYAI KEKANGAN DARI SEGI KEWANGAN dan KEBERANIAN yang belum tersedia, anda tidak perlu risau dan diselubungi masalah misteri ini kerana IBNUSINA EYEWEAR THERAPHY ada penyelesaiannya.

Anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM78.80 berbanding lasik memerlukan kira-kira RM7990 (usia 35tahun ke atas) atau RM6990 usia 35 tahun ke bawah).

Anda tidak perlu ragu-ragu kerana ramai yang telah berjaya dengan kaedah semulajadi ini.



Apa tunggu lagi...order sekarang juga sebelum mata anda menjadi lebih rabun!



5 comments:

  1. Mcmne nak order? Brape ni? Please ws saya 0142651516. Nk bli. em

    ReplyDelete
  2. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Ubat Rabun Mata

    ReplyDelete
  3. I have bookmarked your blog, the articles are way better than other similar blogs.. thanks for a great blog! Eye Surgery Michigan

    ReplyDelete
  4. This is really a nice and informative, containing all information and also has a great impact on the new technology. Thanks for sharing it lasik cost michigan

    ReplyDelete
  5. Great post, you have pointed out some excellent points, I as well believe this is a very superb website. Yaldo Eye Center in Grand Rapids Michigan

    ReplyDelete